KOTA KINABALU 9 Okt. - Bukan mudah untuk graduan universiti atau kolej mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian memandangkan mereka terpaksa bersaing bagi merebut peluang yang ada.
Bagaimanapun, bekas penuntut Sijil Kewartawanan Kolej Yayasan Sabah (KYS), Isab Khan Mukarab Shah, 23, menyifatkannya bertuah kerana tidak menunggu lama untuk mencari kerja setelah tamat pengajian di KYS.
"Saya amat beruntung kerana usaha semasa menjalani latihan amali selama tiga bulan dahulu membuahkan hasil apabila ditawarkan kerja selepas praktikal. Saya amat bersyukur," katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen KYS ke-17 di Auditorium Tun Mustapha, baru-baru ini.
Meskipun belum setahun bertugas sebagai wartawan akhbar Utusan Borneo, dia tidak menafikan kerjaya pengamal media amat mencabar dan memerlukan kecekalan serta ilmu pengetahuan.
Menurutnya, pengalaman semasa menimba ilmu dalam bidang kewartawanan dan bekerja sememangnya berbeza sama sekali.
Untungnya, Isab Khan berkata, KYS menyediakan sistem pembelajaran baik dan teratur ditambah tenaga pengajarnya pula terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia sebenar kewartawanan.
"Sewaktu belajar dulu, kami dikira bernasib baik kerana walaupun masih di peringkat bawah, kami telah diajar dan dilatih oleh wartawan sebenar dari pelbagai agensi akhbar.
"Mereka bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan mengajar kami segala selok-belok dunia penulisan wartawan dan saya rasa amat berbangga melalui pengalaman ini," ujarnya yang berasal dari Telupid, Sandakan.
Seorang lagi rakannya, Razeef Rahman berkata, masa depan dan nasib seseorang itu bukan semata-mata ditentukan oleh segulung sijil atau ijazah, sebaliknya kesungguhan dan kegigihan memainkan peranan lebih penting.
"Jika kita malas berusaha dan tidak bersungguh-sungguh mengejar apa yang dipelajari semasa menuntut, kita mungkin akan ketinggalan. Kita perlu buktikan ilmu yang dipelajari itu tidak sia-sia," katanya yang kini bertugas sebagai wartawan di akhbar New Sabah Times (NST).
Oleh itu katanya, dia gembira kerana KYS memperkenalkan pengajian kewartawanan khusus kepada mereka yang berminat menceburi bidang itu.
"Saya berharap, KYS akan meneruskan pengajian kewartawanan. Sebenarnya, mempelajari bidang ini bukan sahaja bagi mereka yang mahu menjadi pengamal media, tetapi juga mereka yang mahu menceburi kerjaya perhubungan awam," ujarnya.

0 comments:
Post a Comment