Blogger templates

Friday, March 03, 2017

Kisah Rumah Kosong Berpuaka di Kg Luanti simpang Kinaratuan Ranau!




Rumah Berpuaka Kg Luanti...Rumah ini terletak di tepi jalanraya menuju Luanti daripada Ranau, di sebelah kiri. 

Menurut cerita orang-orang tempatan, seorang ibu dan anaknya telah meninggal di dalam rumah ini dalam keadaan yang selubungi misteri. Tiap-tiap malam, jiran-jiran akan mendengar jeritan yang berterusan daripada rumah ni. 

Oleh kerana tidak tahan akan gangguan tersebut, ramai daripada jiran-jiran rumah ini telah mengosongkan rumah-rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.

Cerita:

Menurut kenalan kami, pemilik rumah ini sudah lama mninggalkan rumah ini selepas 3 orang anak kepada pemilik rumah ni meninggal dunia dalam keadaan yang misteri..

Ceritanya bermula...

Semasa dia (pemilik rumah ni.. nama dirahsiakan) mula2 membina rumah ini, dia selalu mendapat mimpi menghalang dia daripada membina rumah di atas tanah tersebut. dia juga banyak mendapat tentangan dari orang2 kampung supaya tidak mendirikan rumah d situ, namun dia tetap berkeras..

Dan apabila rumah yg pertama siap (sebenarnya ada 3 buah rumah semuanya) anak perempuan sulung beliau meninggal dunia selepas lemas di dalam kolam yang kedalamannya tidak smpai 2 kaki.. kolam tersebut terletak d belakang rumah berdekatan dengan rumpun buluh yg terdapat di kawasan belakang rumah tersebut dan tidak habis di situ, kejadian aneh berterusan sehingga terbinanya rumah ke 2 dan ke 3. dan akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan rumah2 tersebut dan kembali ke kampung halaman beliau.

Menurut "bobolian" atau yang juga dipanggil "mogigintong" di kampung tersebut, kawasan berdekatan rumah itu ( simpang 3) adalah penempatan orang bunian yg berbentuk sebuah negara yang besar.



Bermacam2 bangsa dan agama bunian yang tinggal di sana sehingga dikatakan mempunyai kota raya atau bandar seperti yg di miliki manusia.

Berbalik kepada pemilik rumah tersebut, dia pernah mencuba untuk menjual rumah tersebut namun selalunya bila ada orang yg ingin membeli rumah itu, si pembeli akan mendapat mimpi yg aneh sehingga membuatkan si pembeli membatalkan niat untuk membeli rumah tersebut.. dan selepas tiada sesiapa yang ingin mmbeli rumh itu, pemilik rumah ini mencuba cara lain iaitu dgn menyewakan rumah tersebut.. dan menurut cerita, penyewa pertama yg menyewa rumah ini mengalami kejadian aneh yg mana dia (penyewa) di 'pindah'kan ketika dia tidur. apabila terbngun waktu pagi, dia mndapati drinya sudah berada d tepi pokok buluh berdekatan kolam di belakang rumah itu. bayangkan dari bilik utama ke tepi kolam d belakang rumah itu..
macamana? siapa yg pindahkan dia?? persoalan itu kekal menjadi persoalan.. setelah itu, ada lagi orang yg hendak menyewa rumah tersebut. dan penyewa kedua juga mengalami kejadian yg aneh dan mnghairankan. pada malam pertama penyewa tersebut tingal di rumah itu, selepas masuk waktu tengah malam dan ketika dia sedang tidur, rumahnya didatangi serombongan orang, si penyewa yg kedua ini dalam keadaan yg tidur2 ayam telah membenarkan rombongan tersebut naik dan memasuki rumahnya. bukan itu sahaja.. dia juga membenarkan mereka memasak dan makan d dlm rumah itu.. sementara si penyewa menyambung tidurnya yg terganggu tadi dan apabila dia terbangun di waktu pagi, dia hairan dan berfikir apa yang telah berlaku setelah mengingat kejadian malam itu. dalam fikirannya macamana dia boleh membenarkan orang yg dia tidak kenali dan bukan itu sahaja, dia juga mmbenarkan mereka berbuat pa yg mereka inginkan dalam rumah tersebut termasuk memasak dan makan.. dan apabila dia pergi memeriksa di dapur, keadaan di dapur sungguh mnghairankan.. seperti tiada pa2 yg berlaku.. kesan2 memasak mahu pun air kesan dari org membasuh pinggan & mangkuk langsung tidak kelihatan.. tiada apa2 yg berlaku dalam dapur rumah tersebut!! lagipun, dlm dapur rumah tempat dia menyewa itu, memang belum mmpunyai dapur gas untuk memasak mahu pun tong gas.. ????...
??

Begitu la sedikit sebanyak cerita yg berkaitan dgn rumah tersebut. cerita ini adalah cerita yg admin dapat dari org yang memang berasal dri kampung situ.. dan rumah tersebut juga pernah di terjah oleh team paranormal yg lain.

Yang mana menurut kata salah seorang ahli team tersebut yg telah menghubungi kami, rumah ini sememangnya terkenal di daerah Ranau Sabah dengan cerita mistik yg pernah terjadi di dalam nya.. menurutnya, mereka pernah pernah me'recce' kawasan rumah tersebut dan masuk dalamnya malah menurutnya mereka turut mendapat komunikasi dari 'penunggu' di rumah tersebut.

Menurutnya pada tahun 2001, group mereka memasuki rumh tersebut dan membuat recce dan memang mendapat tindak balas dari entiti yg ada dalam rumah tersebut melalui recorder tape.. cerita dia, mereka memasuki rumah tersebut pada pukul 12:15am dan kluar pada pukul 01:45am.. dan sepanjang pernelusuran mereka, video cam sentiasa dalam keadaan merakam..tp bila mereka review semula, ada slot yg tiada dlm rakaman.. dan dalam voice tape, ada terakam suara budak perempuan menjerit kecil kemudian disusuli dengan suara perbincangan seperti dalam satu group. bahasa yang di gunakan seakan biasa didengar namun sukar untuk difahami. sehingga kini, mereka masih lagi diselubungi mistik dengan kejadian tersebut.. dari rakaman video mereka yang 'ter'hilang sehingga suara budak perempuan dan suara orang berbincang..

Apa pun ianya menjadi misteri sehingga kini....

0 comments:

Post a Comment