Blogger templates

Sunday, October 22, 2017

Reality and Cosplay

Wednesday, September 13, 2017

People Accidentally Found Their Doppelgängers In Museums [2017]

Sunday, July 23, 2017

This Is Why Linkin Park's Lead, Chester Committed Suicide. He Left A Beautiful Letter To

Within hearing of Bennington's suicide, Cornell's widow, Vicky Cornell, tweeted: "Just when I thought my heart couldn't break any more.....I love you."




Friday, March 03, 2017

Kisah Rumah Kosong Berpuaka di Kg Luanti simpang Kinaratuan Ranau!




Rumah Berpuaka Kg Luanti...Rumah ini terletak di tepi jalanraya menuju Luanti daripada Ranau, di sebelah kiri. 

Menurut cerita orang-orang tempatan, seorang ibu dan anaknya telah meninggal di dalam rumah ini dalam keadaan yang selubungi misteri. Tiap-tiap malam, jiran-jiran akan mendengar jeritan yang berterusan daripada rumah ni. 

Oleh kerana tidak tahan akan gangguan tersebut, ramai daripada jiran-jiran rumah ini telah mengosongkan rumah-rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.

Cerita:

Menurut kenalan kami, pemilik rumah ini sudah lama mninggalkan rumah ini selepas 3 orang anak kepada pemilik rumah ni meninggal dunia dalam keadaan yang misteri..

Ceritanya bermula...

Semasa dia (pemilik rumah ni.. nama dirahsiakan) mula2 membina rumah ini, dia selalu mendapat mimpi menghalang dia daripada membina rumah di atas tanah tersebut. dia juga banyak mendapat tentangan dari orang2 kampung supaya tidak mendirikan rumah d situ, namun dia tetap berkeras..

Dan apabila rumah yg pertama siap (sebenarnya ada 3 buah rumah semuanya) anak perempuan sulung beliau meninggal dunia selepas lemas di dalam kolam yang kedalamannya tidak smpai 2 kaki.. kolam tersebut terletak d belakang rumah berdekatan dengan rumpun buluh yg terdapat di kawasan belakang rumah tersebut dan tidak habis di situ, kejadian aneh berterusan sehingga terbinanya rumah ke 2 dan ke 3. dan akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan rumah2 tersebut dan kembali ke kampung halaman beliau.

Menurut "bobolian" atau yang juga dipanggil "mogigintong" di kampung tersebut, kawasan berdekatan rumah itu ( simpang 3) adalah penempatan orang bunian yg berbentuk sebuah negara yang besar.



Bermacam2 bangsa dan agama bunian yang tinggal di sana sehingga dikatakan mempunyai kota raya atau bandar seperti yg di miliki manusia.

Berbalik kepada pemilik rumah tersebut, dia pernah mencuba untuk menjual rumah tersebut namun selalunya bila ada orang yg ingin membeli rumah itu, si pembeli akan mendapat mimpi yg aneh sehingga membuatkan si pembeli membatalkan niat untuk membeli rumah tersebut.. dan selepas tiada sesiapa yang ingin mmbeli rumh itu, pemilik rumah ini mencuba cara lain iaitu dgn menyewakan rumah tersebut.. dan menurut cerita, penyewa pertama yg menyewa rumah ini mengalami kejadian aneh yg mana dia (penyewa) di 'pindah'kan ketika dia tidur. apabila terbngun waktu pagi, dia mndapati drinya sudah berada d tepi pokok buluh berdekatan kolam di belakang rumah itu. bayangkan dari bilik utama ke tepi kolam d belakang rumah itu..
macamana? siapa yg pindahkan dia?? persoalan itu kekal menjadi persoalan.. setelah itu, ada lagi orang yg hendak menyewa rumah tersebut. dan penyewa kedua juga mengalami kejadian yg aneh dan mnghairankan. pada malam pertama penyewa tersebut tingal di rumah itu, selepas masuk waktu tengah malam dan ketika dia sedang tidur, rumahnya didatangi serombongan orang, si penyewa yg kedua ini dalam keadaan yg tidur2 ayam telah membenarkan rombongan tersebut naik dan memasuki rumahnya. bukan itu sahaja.. dia juga membenarkan mereka memasak dan makan d dlm rumah itu.. sementara si penyewa menyambung tidurnya yg terganggu tadi dan apabila dia terbangun di waktu pagi, dia hairan dan berfikir apa yang telah berlaku setelah mengingat kejadian malam itu. dalam fikirannya macamana dia boleh membenarkan orang yg dia tidak kenali dan bukan itu sahaja, dia juga mmbenarkan mereka berbuat pa yg mereka inginkan dalam rumah tersebut termasuk memasak dan makan.. dan apabila dia pergi memeriksa di dapur, keadaan di dapur sungguh mnghairankan.. seperti tiada pa2 yg berlaku.. kesan2 memasak mahu pun air kesan dari org membasuh pinggan & mangkuk langsung tidak kelihatan.. tiada apa2 yg berlaku dalam dapur rumah tersebut!! lagipun, dlm dapur rumah tempat dia menyewa itu, memang belum mmpunyai dapur gas untuk memasak mahu pun tong gas.. ????...
??

Begitu la sedikit sebanyak cerita yg berkaitan dgn rumah tersebut. cerita ini adalah cerita yg admin dapat dari org yang memang berasal dri kampung situ.. dan rumah tersebut juga pernah di terjah oleh team paranormal yg lain.

Yang mana menurut kata salah seorang ahli team tersebut yg telah menghubungi kami, rumah ini sememangnya terkenal di daerah Ranau Sabah dengan cerita mistik yg pernah terjadi di dalam nya.. menurutnya, mereka pernah pernah me'recce' kawasan rumah tersebut dan masuk dalamnya malah menurutnya mereka turut mendapat komunikasi dari 'penunggu' di rumah tersebut.

Menurutnya pada tahun 2001, group mereka memasuki rumh tersebut dan membuat recce dan memang mendapat tindak balas dari entiti yg ada dalam rumah tersebut melalui recorder tape.. cerita dia, mereka memasuki rumah tersebut pada pukul 12:15am dan kluar pada pukul 01:45am.. dan sepanjang pernelusuran mereka, video cam sentiasa dalam keadaan merakam..tp bila mereka review semula, ada slot yg tiada dlm rakaman.. dan dalam voice tape, ada terakam suara budak perempuan menjerit kecil kemudian disusuli dengan suara perbincangan seperti dalam satu group. bahasa yang di gunakan seakan biasa didengar namun sukar untuk difahami. sehingga kini, mereka masih lagi diselubungi mistik dengan kejadian tersebut.. dari rakaman video mereka yang 'ter'hilang sehingga suara budak perempuan dan suara orang berbincang..

Apa pun ianya menjadi misteri sehingga kini....

Sunday, February 05, 2017

Panduan Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Kerajaan(SPA8)






Spa8 Panduan Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Kerajaan | Anda inginkan jawatan kosong kerajaan? Berikut kami berikan kepada anda panduan lengkap untuk membuat permohonan jawatan kosong kerajaan melalui laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA8i ).

1. Pendaftaran SPA8

  • Pastikan anda menggunakan Alamat Email anda yang Sah dan boleh digunakan.
  • Pastikan segala maklumat yang diminta adalah lengkap dan betul sila semak dengan teliti sebelum anda menekan butang Daftar

2. Mengisi borang spa8 dengan Betul dan Lengkap

  • Selepas anda membuat pendaftaran sila pastikan anda mengisi borang spa8 dengan betul dan lengkap.
  • Antara Maklumat yang perlu anda pastikan  mengisinya dengan betul dan tepat adalah :-
    – Maklumat Akademik anda daripada PMR sehingga yang paling tinggi.
    – Maklumat Ko-Kurikulum anda.
    – Maklumat Tambahan seperti bakat yang anda miliki penguasaan anda dalam bahasa lain.
  • Selepas anda memasukkan segala maklumat didalam borang spa8 secara online sila pastikan anda tekan butang simpan sebelum anda pergi kepada peringkat seterusnya.
Untuk Register dan Login bagi mengisi borang spa8 anda boleh buat dipautan ini ( Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA).

3. Membuat Permohonan Jawatan Kosong SPA8

Anda hanya dibenarkan membuat permohonan maksimum 15 Jawatan kosong SPA dan 2 jawatan kosong PDRM sila pastikan anda membuat permohonan jawatan yang anda berkelayakan dan tekan butang Simpan Selepas membuat permohonan.
Untuk membaca syarat-syarat kelayakan bagi semua jawatan yang anda inginkan anda boleh baca disini.

4. Pengakuan Permohonan

Setiap kali anda kemaskini jawatan kosong yang dipohon sila pastikan anda membuat pengakuan permohonan. Caranya ialah dengan Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan semak kembali jawatan-jawatan yang anda mohon dan pastikan anda tick pada ( Saya setuju ) dan tekan butang simpan.
5. SPA8i Semakan Permohonan
Untuk melihat semakan jawatan kosong yang telah anda mohon anda boleh lihat pada pautan Semakan Permohonan pada Laman sesawang SPA8.
Selepas anda membuat permohonan jawatan kosong sila pastikan tarikh daftar dan tarikh anda hantar permohonan anda adalah sama.

Spa8 Persoalan yang selalu ditanya

  1. Status Tiada Urusan pengambilan
  • Ini kerana sepanjang tempoh tarikh daftar permohonan (1 tahun ) tidak ada pengambilan jawatan.
  • Jika anda tidak mahu melihat masalah masalah ini anda hanya perlu padam semua jawatan yang anda mohon sebelum ini dan mohon semula jawatan-jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh pihak SPA8.
2. Tidak melepasi Syarat-syarat Semasa yang ditetapkan Oleh Suruhanjaya
  • Ini bermakna anda tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan atau jawatan yang dipohon telah diisi oleh mereka yang lebih berkelayakan daripada anda.
Rumusannya kami berharap dengan  post Spa8 Panduan Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Kerajaan ini dapat membantu anda membuat permohonan dengan betul dalam masa yang sama dapat memenuhi cita-cita anda untuk berbakti kepada negara dan bangsa malaysia.
kami juga berharap anda boleh kongsikan post ini kepada semua rakan-rakan anda dan saudara-mara anda yang sedang mencari kerja atau mereka yang inginkan jawatan kosong kerajaan.